Monday 10 March 2014

Sihat & Cergas Cara Qaseh Gold

Teks: Rosmawati Ariffin



Melahirkan, berpantang seterusnya menyusukan bayi adalah satu proses yang dilalui oleh kebanyakan ibu secara berterusan. Penjagaan bayi dan menguruskan rumahtangga boleh mengakibatkan kurang rehat dan keletihan. Qaseh Gold khas untuk wanita bersalin memperkenalkan gabungan produk berikut:

Pati Kristal Garam Mineral & Kristal Garam Mineral
  • Pati Kristal Garam Mineral adalah minuman bermineral lengkap yang berfungsi memberi kesihatan optimum. Ia membantu penyerapan vitamin dan zat mineral yang diperlukan oeh ibu-ibu selepas melahirkan.
  • Kristal Garam Mineral dari pergunungan Himalaya ini tidak mengadungi bahan pengawet. Ia merupakan alternatif yang menyihatkan berbanding garam biasa. Satu-satunya garam yang telah dikaji secara saintifik di Universiti Craz, Austria dan Fenesta Laboratories Nevada USA yang mendapati ia garam terbaik dan membekalkan 84 jenis zat mineral.

Qaseh Gold Adinda
  • Jus ini adalah formulasi makanan antaranya mengandungi madu, pes kurma, buah tiin, minyak zaitun, delima, air zam-zam, zafaran & gingko serta herba khusus seperti manjakani, pegaga, sireh & sireh. Ia bertujuan untuk memelihara dan memulihara seri, kekuatan dalaman, tenaga tubuh dan minda. 
  • Sangat sesuai untuk wanita berpantang dan menyusu kerana kandungannya yang semulajadi dapat membantu merangsang pengeluaran susu (habatussauda) dan membantu mempercepat penyembuhan dalaman.
Sumber: Majalah Pa&Ma edisi Mac 2014

No comments:

Post a Comment