Tuesday 25 March 2014

Pengalaman Pertama Memandu Kereta

Teks: Rosmawati Ariffin

Orang lain dah boleh bawak lori dan bas, saya baru nak belajar memandu sendirian. Hehe.

Sebelum terlupa, saya nak coretkan pengalaman memandu saya. Ambil lesen memandu bukan main lama dah. Tahun 2006 lagi. Tapi bawak kereta tak pernah.

Semalam, 24 Mac 2014, kali pertama memandu sendirian. Januari lalu dah buat latihan intensif dengan emak mertua. Beliau selalu hantarkan saya ke tempat kerja. Saya memandu. Sampai di tempat kerja, beliau ambil alih stereng. Maklumlah, kereta satu sahaja, kemudian nanti suami akan memandu kereta ke tempat kerja.

Dulu suami kerja di syarikat yang menyediakan kereta syarikat kepada para jurutera. Kini, suami kena guna kereta sendiri. Musnah harapan saya nak bawa kerete sendiri ke tempat kerja.

Ahad lepas suami saya jatuh basikal. Ada hikmahnya. Doktor bagi dua hari cuti sakit. Jadi Isnin saya beranikan diri beritahu suami, "Saya bawak kerete ke tempat kerja je la." Hari ni sudah hari kedua. Tapi masih takut-takut lagi. Saya berselawat je di sepanjang perjalanan. Hehe.

Sampai bila nak simpan ketakutan. Sejak berQaseh ni saya semakin perlu berdikari. Buang segala ketakutan. InsyaAllah semuanya pasti berjalan dengan baik. Allah dah aturkan yang terbaik dan saya yang harus berusaha mendapatkan yang terbaik itu.

Sekian pengalaman saya.


No comments:

Post a Comment