Saturday, 1 March 2014

Assalamualaikum.

Saya Rosmawati Ariffin. Lulusan sarjana dalam bidang kejuruteraan bahan. Pernah bergelar jurutera dalam bidang pembuatan plastik sebelum beralih ke bidang pendidikan. Kini menjawat jawatan pegawai di salah sebuah institusi pendidikan dalam negara.

Saya sukakan sesuatu yang kreatif, berseni dan hasil tangan yang halus. Membaca adalah salah satu cara saya menyuntik kembali motivasi dalam diri. Terutama buku-buku berbentuk motivasi keagamaan.

Mula mencebur diri dalam perniagaan setelah melahirkan anak pertama. Anak adalah rahmat Allah yang tidak ternilai. Saya belajar segala-galanya setelah dikurniakan cahaya mata pertama ini. Dari menyusukan anak, saya mula berminat tentang lampin kain atau 'cloth diaper'.

Setelah anak saya berusia setahun, tiada lagi lampin kain. Bukan saya yang dah putus asa, tapi..Alhamdulillah anak saya tak perlu gunakan lampin lagi.

Saya mula kenal Qaseh Gold pun melalui anak. Bila umur anak menginjak 12bulan, susu badan mula berkurangan. Alhamdulillah dengan pengambilan Qaseh Gold, saya mampu mengekalkan kesihatan diri. Seterusnya menyusukan anak sehingga 24bulan usianya. Kini kami sekeluarga beristiqamah dengan Qaseh Gold.

InsyaAllah akan terus membudayakan makanan sunnah dalam kehidupan seharian. Sihat Itu Jihad.

1 comment:

  1. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
    "

    ReplyDelete