Tuesday 25 March 2014

Homestay Warisan Bonda, Port Dickson.

Teks: Rosmawati Ariffin

Alhamdulillah. Berjaya meluangkan masa menulis di blog. Sekian lama rasanya tak menulis entri baru. Ini entri yang sekian lama berada di dalam 'draft'.

Minggu lepas pada 13 Mac 2014, telah bersama-sama meraikan adik lelaki di Majlis Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusasda, Port Dickson.




Ini adik saya. Anak ke empat dari sembilan beradik. Pemegang Diploma Makmal Perubatan dari KIST. Alhamdulillah berjaya menamatkan latihan perajurit mudanya dan diterapkan di Kor Kesihatan Diraja di salah sebuah kem di utara semenanjung.


Sesuatu yang ingin saya konsikan di sini adalah berkenaan 'homestay' yang disewa oleh kami. Ummi, papa, adik lelaki dan dua adik perempuan. memulakan perjalanan seawal 8.00pagi pada 12 Mac 2014. Bergerak ke Terengganu kerana seorang lagi adik perempuan saya bersama suaminya juga akan turut serta.

Menariknya, tempahan 'homestay' pada saat akhir terpaksa dibatalkan atas sebab lif rosak. Homestay yang di tempah pada awalnya adalah unit apartment di tingkat 7.

Pada pagi tersebut, saya berusaha mencari 'homestay' yang sesuai. Menjelang azan Zohor barulah dapat 'homestay' yang dikehendaki. Susah sangat mencari 'homestay' kerana semuanya telah ditempah kebanyakan keluarga perajurit muda yang bakal ditauliah pada esok hari.

Menjelang jam 12malam baru kami sampai di Homestay Warisan Bonda ini. Pemiliknya, Kak Pah sangat peramah orangnya. Walaupun tiba lewat, beliau menyambut kami dengan ramah. Seusai mengambil kunci dan menjelaskan bayaran, kami melangkah masuk ke dalam rumah.

Kedua ibubapa dan adik-adik saya begitu teruja dengan suasana 'homestay' ini. Walaupun hanya ada satu bilik, namun rumah kampung ini begitu luas untuk kami 9 orang. Dibekalkan dengan empat tilam bujang dan beberapa toto, dilengkapi semua peralatan membuatkan adik-adik teruja. Peti ais terisi dengan pelbagai minuman '3in1' dan makanan segera. 'Homestay' ini sangat disyorkan untuk keluarga besar seperti kami. 

Disebabkan kami sampai pada lewat malam dan bertolak ke Pusasda setelah azan Subuh, maka saya tak sempat mengambil gambar. Ini gambar dari blog pemilik. 



Comel dan menarik. Sesuai jika anda ingin menikmati suasana kampung sebenar. belakang 'homestay' ni siap ada dusun lagi. Ruang BBQ pon ada disediakan.

Gambar-gambar lain boleh tengok di sini: http://kakpah-homestayportdickson.blogspot.com/

Lima bintang untuk Homestay Warisan Bonda.

Pengalaman Pertama Memandu Kereta

Teks: Rosmawati Ariffin

Orang lain dah boleh bawak lori dan bas, saya baru nak belajar memandu sendirian. Hehe.

Sebelum terlupa, saya nak coretkan pengalaman memandu saya. Ambil lesen memandu bukan main lama dah. Tahun 2006 lagi. Tapi bawak kereta tak pernah.

Semalam, 24 Mac 2014, kali pertama memandu sendirian. Januari lalu dah buat latihan intensif dengan emak mertua. Beliau selalu hantarkan saya ke tempat kerja. Saya memandu. Sampai di tempat kerja, beliau ambil alih stereng. Maklumlah, kereta satu sahaja, kemudian nanti suami akan memandu kereta ke tempat kerja.

Dulu suami kerja di syarikat yang menyediakan kereta syarikat kepada para jurutera. Kini, suami kena guna kereta sendiri. Musnah harapan saya nak bawa kerete sendiri ke tempat kerja.

Ahad lepas suami saya jatuh basikal. Ada hikmahnya. Doktor bagi dua hari cuti sakit. Jadi Isnin saya beranikan diri beritahu suami, "Saya bawak kerete ke tempat kerja je la." Hari ni sudah hari kedua. Tapi masih takut-takut lagi. Saya berselawat je di sepanjang perjalanan. Hehe.

Sampai bila nak simpan ketakutan. Sejak berQaseh ni saya semakin perlu berdikari. Buang segala ketakutan. InsyaAllah semuanya pasti berjalan dengan baik. Allah dah aturkan yang terbaik dan saya yang harus berusaha mendapatkan yang terbaik itu.

Sekian pengalaman saya.


Tuesday 18 March 2014

Bagaimana Melepaskan Ikatan Syaitan

Teks: Rosmawati Ariffin

Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda,

" Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi:

'Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!'

Jikalau orang itu BANGUN LALU BERZIKIR kepada Allah Ta'ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya,

selanjutnya jikalau dia terus BERWUDHUK, lalu terurai pula ikatan satu lagi

dan seterusnya jikalau dia BERSOLAT, maka terurailah ikatan seluruhnya,

sehingga berpagi-pagian dia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira.

Tetapi jikalau ia sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas."

Hadis Riwayat Muttafaqun 'alaih

Sumber: Iman Bil 25

Monday 17 March 2014

Wednesday 12 March 2014

5 buah-buahan baik untuk kehamilan

Teks: Rosmawati Ariffn

Selain kurma yang berfungsi untuk meningkatkan kesuburan dan merangsang pembinaan sel darah merah untuk membantu proses kehamilan, kurma juga baik diamalkan semasa hamil. Buah-buahan yang baik untuk kehamilan termasuklah:

1) Aprikot

Buah ini mengandungi kandungan vitamin E yang tinggi. Selain daripada itu, penghasilan kolagen yang ada pada buah aprikot juga mampu membantu mencegah masalah penuaan awal.

2) Pisang

Sememangnya ramai mengetahui, pisang kaya dengan vitamin dan kalium. Oleh yang demikian pisang dapat membantu anda menghindar masalah selulit.

3) Buah naga

Kandungan vitamin C yang banyak di dalam buah naga sangat bermanfaat sebagai antioksidan. Ditambah pula ia kaya dengan vitamin B3 yang turut membantu anda melembapkan kulit sepanjang masa.

4) Tembikai

Kesegaran yang dapat dilihat pada buah ini dipercayai dapat membantu mana-mana wanita hamil yang mengalami "morning sickness" mengelakkan diri daripada mengalami masalah dehidrasi pula.

5) Kurma

Buah yang sangat tinggi kandungan khasiat makanan ini seperti kalsium, besi, kalium, magnesium dan lain-lain lagi dapat membantu anda mendapat tenaga tambahan. Apatah lagi, ia boleh membuatkan anda kekal segar sepanjang mengamalkan pemakanan kurma sewaktu hamil.

Sumber: Majalah Pa&Ma



Monday 10 March 2014

Sihat & Cergas Cara Qaseh Gold

Teks: Rosmawati Ariffin



Melahirkan, berpantang seterusnya menyusukan bayi adalah satu proses yang dilalui oleh kebanyakan ibu secara berterusan. Penjagaan bayi dan menguruskan rumahtangga boleh mengakibatkan kurang rehat dan keletihan. Qaseh Gold khas untuk wanita bersalin memperkenalkan gabungan produk berikut:

Pati Kristal Garam Mineral & Kristal Garam Mineral
  • Pati Kristal Garam Mineral adalah minuman bermineral lengkap yang berfungsi memberi kesihatan optimum. Ia membantu penyerapan vitamin dan zat mineral yang diperlukan oeh ibu-ibu selepas melahirkan.
  • Kristal Garam Mineral dari pergunungan Himalaya ini tidak mengadungi bahan pengawet. Ia merupakan alternatif yang menyihatkan berbanding garam biasa. Satu-satunya garam yang telah dikaji secara saintifik di Universiti Craz, Austria dan Fenesta Laboratories Nevada USA yang mendapati ia garam terbaik dan membekalkan 84 jenis zat mineral.

Qaseh Gold Adinda
  • Jus ini adalah formulasi makanan antaranya mengandungi madu, pes kurma, buah tiin, minyak zaitun, delima, air zam-zam, zafaran & gingko serta herba khusus seperti manjakani, pegaga, sireh & sireh. Ia bertujuan untuk memelihara dan memulihara seri, kekuatan dalaman, tenaga tubuh dan minda. 
  • Sangat sesuai untuk wanita berpantang dan menyusu kerana kandungannya yang semulajadi dapat membantu merangsang pengeluaran susu (habatussauda) dan membantu mempercepat penyembuhan dalaman.
Sumber: Majalah Pa&Ma edisi Mac 2014

Friday 7 March 2014

Aspirasi Sihat Bersama Pemakanan Sunnah


Teks: Rosmawati Ariffin



Alhamdulillah, Qaseh Gold & Mineral sole telah mula menjejaki pasaran melalui Majalah Rapi bermula Edisi Mac 2014. Berikut adalah petikan dari Majalah Rapi keluaran Mac 2014.

Qaseh Gold Junior 

• Tenaga segera & berpanjangan buat kanak-kanak • Membantu perkembangan minda • Menguatkan sistem imun • Menyokong tumbesaran yang sihat & kuat • Mengandungi serat – baik untuk usus

Qaseh Gold Kekanda & Adinda

• Menambah tenaga dalaman & luaran • Mencerdaskan minda • Awet muda • Membantu usaha mendapatkan zuriat • Memiliki badan yang sihat • Membanyakkan susu ibu • Mestabilkan mood • Meningkatkan libido & keintiman suami/isteri • Mengurangkan masalah pelawasan • Mempercepatkan proses penyembuhan • Menaikkan seri wajah • Membantu masalah tidur • Membantu masalah kewanitaan & kelakian serta menstabilkan hormon

Garam Kristal & Mineral Sole

• Garam terbaik di dunia • 100% tulen & semulajadi • Mengandungi 84 jenis zat mineral • Membantu penyerapan vitamin & zat-zat mineral yang sangat diperlukan oleh manusia • Masakan lebih berzat, lazat & lambat basi • Membantu kecerdasan & kesihatan


Dapatkan Majalah Rapi Mac 2014. Siap ada promosi pakej rawatan 2jam De Sireh SPA termasuk urutan, herba sauna, mandian buah-buahan & skrub bernilai RM99.90 lagi (harga asal RM199.90), m/s 127.