Wednesday 12 March 2014

5 buah-buahan baik untuk kehamilan

Teks: Rosmawati Ariffn

Selain kurma yang berfungsi untuk meningkatkan kesuburan dan merangsang pembinaan sel darah merah untuk membantu proses kehamilan, kurma juga baik diamalkan semasa hamil. Buah-buahan yang baik untuk kehamilan termasuklah:

1) Aprikot

Buah ini mengandungi kandungan vitamin E yang tinggi. Selain daripada itu, penghasilan kolagen yang ada pada buah aprikot juga mampu membantu mencegah masalah penuaan awal.

2) Pisang

Sememangnya ramai mengetahui, pisang kaya dengan vitamin dan kalium. Oleh yang demikian pisang dapat membantu anda menghindar masalah selulit.

3) Buah naga

Kandungan vitamin C yang banyak di dalam buah naga sangat bermanfaat sebagai antioksidan. Ditambah pula ia kaya dengan vitamin B3 yang turut membantu anda melembapkan kulit sepanjang masa.

4) Tembikai

Kesegaran yang dapat dilihat pada buah ini dipercayai dapat membantu mana-mana wanita hamil yang mengalami "morning sickness" mengelakkan diri daripada mengalami masalah dehidrasi pula.

5) Kurma

Buah yang sangat tinggi kandungan khasiat makanan ini seperti kalsium, besi, kalium, magnesium dan lain-lain lagi dapat membantu anda mendapat tenaga tambahan. Apatah lagi, ia boleh membuatkan anda kekal segar sepanjang mengamalkan pemakanan kurma sewaktu hamil.

Sumber: Majalah Pa&Ma



1 comment: