Sunday 2 March 2014

Kenali 7 Ramuan Hebat Qaseh Gold

Teks: Rosmawati Ariffin

Apa itu Qaseh Gold? Qaseh Gold adalah minuman kesihatan berasaskan tujuh ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah. Formulasi makanan sunnah ini terdiri daripada:-


1. Kurma

Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam.Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal dan minda. Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tertinggi di antara buah-buahan kering. Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.

2. Madu
Dalam surah An Nahlu ayat 69, Allah telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Tidak dapat disangkal lagi, madu kaya dengan vitamin & mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda & meningkatkan tenaga. Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan dan anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.

3. Habbatus sauda'

Dalam satu hadis yang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan habbatus sauda' sebagai salah satu penawar kepada pelbagai penyakit melainkan mati. Kajian mendapati herba ini berupaya meningkatkan sistem imun tubuh & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus dan anti oksidan. Membantu melegakan pelbagai penyakit seperti asma, bronkitis, eczema, alahan dan batuk.

4. Tiin

Disebut secara khusus dalam Surah At-Tin, dn pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak. Merupakan sumber mineral, vitamin & anti oksidan yang membantu meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan. Juga dikatakan berupaya melegakan keletihan & merangsang kuasa otak.

5. Zaitun

Merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah SAW ang cukup unik. Minyak zaitun kaya dengan vitamin E & polyphenols, sejenis anti oksidan yang berupaya melundungi sel tubuh daripada kerosakan. Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti jantung.

6. Delima

Antara buah yang disebut dalam Al-Quran. Pepatah Melayu ada memberi kiasan 'merah bak delima merekah' Secantik isinya, delima juga kaya dengan vitamin dan mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta membantu membaikpulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.

7. Air Zam-zam

Air yang penuh keberkatan dan berupaya melegakan pelbagai penyakit. Mengandungi mineral yang lengkap dan seimbang yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

Ia juga diperhebatkan dengan Za'faran, Gingko Biloba, Sireh, Garam Bukit dan Gam Arab.

Bersama membudayakan makanan sunnah dalam kehidupan seharian. 

Sihat Itu Jihad.


No comments:

Post a Comment