Alhamdulillah. Berjaya meluangkan masa menulis di blog. Sekian lama rasanya tak menulis entri baru. Ini entri yang sekian lama berada di dalam 'draft'.
Minggu lepas pada 13 Mac 2014, telah bersama-sama meraikan adik lelaki di Majlis Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusasda, Port Dickson.
Ini adik saya. Anak ke empat dari sembilan beradik. Pemegang Diploma Makmal Perubatan dari KIST. Alhamdulillah berjaya menamatkan latihan perajurit mudanya dan diterapkan di Kor Kesihatan Diraja di salah sebuah kem di utara semenanjung.
Sesuatu yang ingin saya konsikan di sini adalah berkenaan 'homestay' yang disewa oleh kami. Ummi, papa, adik lelaki dan dua adik perempuan. memulakan perjalanan seawal 8.00pagi pada 12 Mac 2014. Bergerak ke Terengganu kerana seorang lagi adik perempuan saya bersama suaminya juga akan turut serta.
Menariknya, tempahan 'homestay' pada saat akhir terpaksa dibatalkan atas sebab lif rosak. Homestay yang di tempah pada awalnya adalah unit apartment di tingkat 7.
Pada pagi tersebut, saya berusaha mencari 'homestay' yang sesuai. Menjelang azan Zohor barulah dapat 'homestay' yang dikehendaki. Susah sangat mencari 'homestay' kerana semuanya telah ditempah kebanyakan keluarga perajurit muda yang bakal ditauliah pada esok hari.
Menjelang jam 12malam baru kami sampai di Homestay Warisan Bonda ini. Pemiliknya, Kak Pah sangat peramah orangnya. Walaupun tiba lewat, beliau menyambut kami dengan ramah. Seusai mengambil kunci dan menjelaskan bayaran, kami melangkah masuk ke dalam rumah.
Kedua ibubapa dan adik-adik saya begitu teruja dengan suasana 'homestay' ini. Walaupun hanya ada satu bilik, namun rumah kampung ini begitu luas untuk kami 9 orang. Dibekalkan dengan empat tilam bujang dan beberapa toto, dilengkapi semua peralatan membuatkan adik-adik teruja. Peti ais terisi dengan pelbagai minuman '3in1' dan makanan segera. 'Homestay' ini sangat disyorkan untuk keluarga besar seperti kami.
Disebabkan kami sampai pada lewat malam dan bertolak ke Pusasda setelah azan Subuh, maka saya tak sempat mengambil gambar. Ini gambar dari blog pemilik.
Comel dan menarik. Sesuai jika anda ingin menikmati suasana kampung sebenar. belakang 'homestay' ni siap ada dusun lagi. Ruang BBQ pon ada disediakan.
Gambar-gambar lain boleh tengok di sini: http://kakpah-homestayportdickson.blogspot.com/
Lima bintang untuk Homestay Warisan Bonda.